Quizziz (Kuiz Matematik)
7 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 06 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan kuiz matematik sekolah rendah menggunakan aplikasi Quizziz. Kuiz ini telah dijalankan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai oleh seramai 10 orang peserta berusia dalam lingkungan 7 sehingga 12 tahun.
Tujuan kuiz matematik ini diadakan adalah untuk menunjukkan kepada peserta aplikasi e-learning baharu selain dari Kahoot. Di aplikasi Quizziz ini, peserta dapat menyertai kuiz secara langsung dengan memasukkan kod permainan di komputer atau telefon mudah alih mereka. Di samping itu, kuiz ini bertujuan untuk membantu peserta supaya belajar cara pengiraan.
Antara kebaikan yang diperolehi dari kuiz ini, peserta tahu untuk menyelesaikan masalah matematik dan menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan aplikasi e-learning untuk tujuan belajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: